POLIS menahan lelaki Rohingya bergelar Long Tiger selepas disyaki terbabit mengurung seorang bekas pekerjanya.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek, Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan di sekitar Muar pada jam 9.45 malam tadi, lapor Kosmo!
Katanya, suspek ditahan kerana disyaki mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang juga bekas pekerjanya.
“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
Ayob Khan berkata, punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu masih dalam siasatan. – Malaysiapost

