Polis siasat kempen mogok ‘Code Black’ di media sosial

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS sedang menyiasat rakaman video tular berkaitan mogok ‘Code Black’ sebagai tanda sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung penularan klip video bertajuk ‘Malaysian doctors on strike/mogok? 1st-12th July 2021 Code Black’ sejak beberapa hari lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana dengan niat hendak mengapi mana-mana golongan melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana golongan.

“Dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan segera dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, video berdurasi 6 minit 49 saat itu memaparkan rakaman ucapan seorang individu dikenali sebagai Dr Han @ Gigi Han yang mempertikai skim lantikan doktor secara kontrak dalam sektor perkhidmatan awam.

Rakaman video itu menyeru orang ramai agar mengambil bahagian dengan menukarkan gambar profil di media sosial masing-masing dengan warna hitam atau monokrom mulai 1 hingga 12 Julai dan memuat naik tanda pagar tertentu pada 12 Julai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here