Perlu hormat keputusan parti – Ahmad Maslan

0
1

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan pentingnya mentaati dan menghormati keputusan parti seperti yang termaktub dalam tata etika ahli Umno.

Menurutnya, jika bukan kerana Umno pasti dirinya dan Ahli Parlimen Umno yang lain tidak mampu menang dalam pilihan raya.

“Saya Ahli Parlimen daripada parti Umno. Jika bukan kerana dokongan parti, petugas, pimpinan Umno di semua peringkat, tak mungkin saya boleh menang bertanding dengan logo Barisan Nasional (BN).

“Oleh itu, sewajarnya saya sentiasa taat, setia dan hormat kepada keputusan parti seperti termaktub dalam tata etika ahli Umno,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Luahannya itu dipercayai ada hubung kait dengan kenyataan oleh Ahli-ahli Jemaah Menteri hari ini termasuk daripada Umno yang sebulat suara memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 8 Julai lalu yang memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

Menurut Dr Ahmad Zahid, keputusan dibuat susulan mandat sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan selepas kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal memenuhi panduan utama yang digariskan Umno sebagai syarat menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here