Asyraf Wajdi tak hadap jawatan

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan kononnya beliau ke Kementerian Kewangan semalam kerana bakal dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia susulan tular berhubung perkara itu selepas beliau bertemu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bagi menyempaikan 10 isu yang dinamakan 10 Tunturan Rakyat.

“Hello! Kalau saya nak sangat jawatan, pastinya saya tidak tolak semua tawaran Pengerusi/Lembaga Pengarah GLC waktu kerajaan baru ini dibentuk.

“Sudahlah Jumaat lepaspun bila saya bawa 10 #TuntutanRakyat kepada TPM (Timbalan Perdana Menteri) dituduh saya nak mengampu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata apapun fitnah dan tohmahan dilemparkan, Pemuda tetap akan terus menjadi jurubicara rakyat.

“Kalau tak mampu nak jadi garam yang menahan daging dari membusuk, janganlah jadi langau yang membusukkan daging!,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian di Facebooknya semalam, beliau mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul bagi menyampaikan suara dan tuntutan rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Katanya, dalam pertemuan lebih sejam itu, beliau menerangkan satu persatu 10 tuntutan rakyat yang utama.

Ia termasuk penambahbaikan pakej bantuan i-Citra, moratarium, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperoleh hasil maklum balas ribuan rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here