Notis rasmi sidang Parlimen masih belum diterima – Kit Siang

0
1

SEHINGGA hari ini, Ahli-Ahli Parlimen masih belum menerima notis rasmi persidangan Parlimen yang dijadualkan berlangsung bermula 26 Julai ini.

Pemimpin veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang, berkata jika Parlimen mula bersidang Isnin ini, maka Ahli Parlimen sepatutnya menerima notis rasmi persidangan Parlimen esok atau paling lewat pada Khamis ini.

Menurutnya, setakat ini notis berkenaan masih belum diberikan dan ia disahkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memaklumkan Ahli Parlimen akan diberitahu mengenai persidangan Parlimen selepas notis rasmi diterima daripada Kabinet.

“Rashid berkata, notis rasmi daripada Kabinet masih belum diterima dan Ahli Parlimen akan dimaklumkan mengenai persidangan Parlimen selepas notis tersebut diterima daripada Kabinet.

“Ini bermakna, kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 5 Julai lalu mengenai persidangan Parlimen dibuat tanpa kelulusan Kabinet dan tidak diputuskan secara rasmi dan juga tidak diformalkan ketika Kabinet bermesyuarat pada Rabu, 6 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet esok akan ada banyak perkara perlu diputuskan dan berharap sekurang-kurangnya tiga perkara diputuskan selain persidangan Parlimen pada 26 Julai 2021 ini.

“Tiga perkara itu adalah penamatan darurat pada 1 Ogos 2021; permohonan maaf kepada negara atas kegagalan strategi dan pendekatan diterapkan kerajaan dalam perang lawan Covid-19; dan meluluskan penyusunan semula strategi baharu untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Menurutnya, penyusunan semula strategi baharu PPN antaranya bertujuan menggeluarkan Malaysia sebagai salah satu negara dengan prestasi paling buruk di dunia dalam pandemik Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here