POLIS menafikan satu video tular pergaduhan berlaku di Parit Buntar melibatkan dua lelaki Melayu berkaitan isu perkauman seperti yang didakwa, namun sebaliknya berpunca dari salah faham.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata salah faham itu berlaku apabila lelaki yang juga rider Foodpanda disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isteri individu terbabit.
“Setelah siasatan dijalankan ke atas kedua-dua belah pihak, polis mendapati terdapat salah faham di mana penghantar makanan itu tidak mempunyai hubungan dengan isteri pengadu.
“Sebaliknya penghantar makanan itu hanya mengenali wanita berkenaan sebagai bekas rakan sekerja selama lebih kurang lapan tahun lalu dan kebetulan menghantar makanan yang dipesan ke rumah pengadu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Marzuki berkata, bagaimanapun pengadu dan rider foodpanda itu telah berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik.
Katanya, satu laporan telah dibuat oleh pengadu untuk menarik balik kes tersebut.
Justeru, katanya, polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan berta yang tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam dan tindakan tegas akan diambi mengikut peruntukkan undang-undang. – Malaysiapost

