76 kes varian baharu dikesan – Dr Noor Hisham

0
1

SITUASI terkini mengenai varian baharu Covid-19 di Malaysia merekodkan sebanyak 76 kes membabitkan 75 kes varian membimbangkan (VOC) dan satu kes varian mempunyai kepentingan (VOI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 76 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 itu dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurutnya, VOC yang dikesan adalah 48 kes varian Beta B.1.351, 27 kes varian Delta B.1.617.2 dan satu kes varian Theta P.3.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 293 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 273 kes adalah VOC dan 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 195 kes varian Beta, 67 kes varian Delta dan 11 kes varian Alpha.

“Bagi VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa dan 3 kes varian Eta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here