SEBANYAK 125 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, menjadikan keseluruhan jumlah kematian meningkat kepada 6,285.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan 108 rakyat tempatan serta 17 lagi bukan warganegara.
“Sebanyak 57 kes kematian adalah di Selangor, 20 kes di Kuala Lumpur, 13 di Negeri Sembilan, Melaka (9), masing-masing tujuh di Kedah dan Johor, Pahang (3).
“Selain itu masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak, serta satu kes di Kelantan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata seramai 972 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 456 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, sebanyak 5,990 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, jauh berbanding kes baharu 11,079 dengan jumlah kes aktif ialah 96,236. – Malaysiapost

