DATUK Seri Najib Razak jauh mendahului tokoh-tokoh pemimpin lain sebagai calon untuk menyandang jawatan Perdana Menteri interim, berdasarkan undian dianjurkan portal Malaysiapost menerusi Facebook.
Setakat jam 12 tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri itu menjadi pilihan pengikut Facebook Malaysiapost apabila memperolehi 24,431 undi berbanding enam tokoh politik lain.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh ketinggalan di kedudukan kedua apabila memperolehi 4,006 undi.
Di tangga ketiga ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 1,580 undi.

Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat keempat dengan 599 undi, mengatasi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat 485 undi.
Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima 250 undi manakala bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di tangga tercorot apabila cuma menerima 68 undi setakat ini.
Undian untuk meninjau siapakah Perdana Menteri Interim yang menjadi pilihan netizen berlangsung lima hari sejak dimulakan Sabtu lalu. – Malaysiapost
Pautan undian: https://www.facebook.com/groups/538537530493048/permalink/552464389100362/
Sumber Foto: IG/Najib Razak & IG/Azmin Ali

