Pekerja sektor kilang, pembuatan di Selangor wajib disaring 2 kali seminggu – MITI

0
2
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Puchong hari ini.

PEKERJA sektor perkilangan dan pembuatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dua kali seminggu bermula 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ujian saringan itu dibuat bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran operasi kilang di kawasan PKPD.

Katanya, langkah ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal, selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

“Justeru, pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan kementerian.

“Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.

“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya.

Semalam, Negara mencatat angka jangkitan harian Covid-19 melebihi 9,000 dengan 9,105 kes dilaporkan hari ini.

Dengan Selangor terus merekodkan jangkitan Covid-19 paling tinggi antara negeri iaitu 4,682 berbanding 4,277 kes positif pada Sabtu, ia juga merupakan rekod paling tinggi pernah dicatatkan negeri itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here