8,574 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 8,574 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan hari ini, menurun sedikit berbanding 9,105 kes yang dicatatkan semalam.

Sebelum itu, tiga hari berturut-turut menyaksikan Malaysia mencatatkan kes melepasi angka 9,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 844,870 kes.

Selangor terus merekodkan jangkitan Covid-19 paling tinggi antara negeri iaitu 4,308, menurun sedikit berbanding 4,682 kes positif semalam.

Ia diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411) dan Johor (407).

Sementara Pahang (314), Sabah (298), Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Perak (168), Terengganu (140) dan Kelantan (133).

Dua negeri mencatat kes dua angka ialah Labuan 66 kes, Putrajaya 45 manakala Perlis tiada kes baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here