219,217 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam

0
1

SEBANYAK 219,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua, 3,526,676.

“Enam negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, disusuli Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282)Johor (19,231), dan Negeri Sembilan (18,323),” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here