Sudah ada TPM, kenapa perlu lagi Menteri Kanan? – soal Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang masih mengekalkan jawatan Menteri Kanan, meskipun Timbalan Perdana Menteri sudah dilantik.

Sebaliknya, beliau berkata, jawatan keempat-empat Menteri Kanan itu, kini dilihat sebagai satu pembaziran dan tiada kepentingan buat negara.

“Timbalan Perdana Menteri sudah pun dilantik. Maka perlu lagikah jawatan 4 Menteri Kanan dikekalkan?

“Tidakkah itu satu pembaziran. Lagi pun apa peranan dan bidang kuasa mereka kecuali dapat keistimewaan “polis pengiring”?,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau berkata, jawatan itu termasuk wakil Menteri patut segera ditamatkan.

“Kabinet Muhyiddin seramai 70 orang terlalu besar. 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

“Sepatutnya dengan pandemik Covid-19 ini jawatan Menteri Kanan termasuk wakil-wakil yang bertaraf menteri ditamatkan sahaja. Membazir dan tiada team work,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, jawatan Menteri Kanan yang menunjukkan mereka berusaha bekerja keras dalam menguruskan negara, disifatkan hanya sandiwara.

“Sekarang nampak macam 4 Menteri sahaja yang bekerja. Ada pula Menteri yang kerjanya buka pintu belakang. Menteri Kanan pula tu. KerajaanGagal,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut memetik kenyataan Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen yang menyatakan punca kegagalan kerajaan adalah berkaitan isu keselarasan dalam pentadbiran.

“Isu keselarasan adalah punca kerajaan gagal. “Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Itu kenyataan berani oleh BG Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here