Muhyiddin tidak mampu memimpin negara ketika krisis – Shahrir

0
1

VETERAN Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata pelantikan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) antara bukti Perdana Menteri tidak mempunyai kebolehan memimpin semasa krisis.

Shahrir berkata, beliau hairan kerana kerajaan seolah-olah baru menyedari bahawa PPN memerlukan dimensi ekonomi untuk memastikan pelaksanaannya berkesan.

“Pelik juga. Takkan baru terasa Pelan Pemulihan Nasional (PPN) perlukan dimensi ekonomi kepadanya. Dah lama PPN ni dihebahkan. Sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong juga.

“Keputusan ni macam dalam mesyuarat Jemaah Menteri tak de korang bincang ke PPN tu?

“Ini antara bukti sebenarnya TS Mahaidin tak ada kebolehan memimpin semasa krisis kesihatan/ekonomi/keyakinan ini. Layak OK, tapi kebolehan agak kurang,” katanya dalam hantan Facebook.

Shahrir berkata, pada awalnya beliau menjangkakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjayakan PPN.

“Mula-mula macam Menteri Kanan DS Ismail Sabri punya tanggungjawab pasal dia yang umumkan negeri mana yang masuk ke Fasa 2 PPN. Itupun tak diumumkan nilai ambang untuk negeri-negeri.

“Melantik Menteri Kewangan sebagai menteri penyelaras memang patut kerana apabila hendak memulihkan negara, kenalah ada peruntukan fiskal kepada negeri-negeri.

“Bolehlah negeri laksanakan projek-projek kecil supaya boleh lah peniaga dan pekerja tempatan bernafas sikit,” katanya. – Malaysiapost

Khamis lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melantik Tengku Zafrul sebagai Menteri Penyelaras bagi PPN.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Tengku Zafrul bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan selain mengambil langkah intervensi proaktif serta bersesuaian dengan situasi pandemik Covid-19 yang sangat dinamik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here