Langgar SOP, warga Twitter ‘hadiahkan’ doa buat Annuar

0
1

CIAPAN seorang pengguna Twitter meluahkan rasa sedih terhadap sikap Tan Sri Annuar Musa yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) berhubung kunjungannya ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam, mendapat perhatian warga netizen.

Menerusi ciapan akaun @iamhafizulfaiz berkata, kali terakhir dia berpeluang menziarahi ayahnya adalah selepas arwah meninggal dunia.

“Kali terakhir saya dapat ziarah ayah saya setelah dia disahkan meninggal. Itupun polis kata sekejap saja.

“Sekarang mak tinggal sorang dan saya di sini PKPD. TS pula dengan seronok sekali menziarahi sana-sini dan siap tweet lagi.

“Doa saya TS, moga terlaknatlah pemimpin seperti TS,” tulisnya.

Ciapan berkenaan mengundang simpati warga Twitter termasuk ada yang menzahirkan rasa marah dengan sikap Annuar kerana tidak mempamerkan teladan yang baik.

Pengguna Twitter @liyanalunia berkata, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kerana rakyat bersusah payah mematuhi SOP.

“Adab mana adab? Untuk menteri benak camni tak layak langsung beradab dengan dia. Orang lain susah payah ikut arahan, ikut SOP, tapi kau senang-senang ye,” tulisnya.

“Kita perlukan lebih banyak doa seperti ini lebih lagi apabila boleh sulat Jumaat kelak ‘maka laknatlah pemimpin zalim dan yang mencuri hak orang lain sehabisnya’,” tulis Danial Ahmad.

“Ya Allah langsung tak ada rasa malu sampai update kesalahan yang terang-terang salah. Negara apa yang aku duduk ni stress betul,” tulis miera.

Sementara itu ada juga yang meminta supaya Menteri Wilayah Persekutuan itu disiasat polis kerana melanggar SOP.

“Boleh dah save tweet ni tunjuk dekat polis. Selagi kompaun tak dikeluarkan, semua orang boleh jumpa keluarga dan lain-lain,” ciap knthekhai.

Semalam, dalam catatan Twitternya yang sudah dipadamkan, Annuar berkata, beliau dan isterinya mengunjungi rumah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, di Kuala Lumpur dan menghabiskan dua jam bersama.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, mereka malah menjamu selera dengan masakan isteri Pak Lah, Jeanne Abdullah.

SOP PKP3.0 tidak membenarkan lawatan selain Kuala Lumpur masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul dan melawat, kecuali untuk tujuan kecemasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here