Benjy meninggal dunia akibat asma di Medan

0
2

PELAKON Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia, hari ini

Memetik laporan AstroAwani, berita sedih pemergian Allahyarham itu dimaklumkan ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” katanya menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Khairil Anwar, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit Asma.

Khairil Anwar yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia jam 11 pagi ini,” jelas Khairil Anwar dalam nada sebak.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam lubang duburnya pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here