100 keluarga terkesan PKPD di Selangor terima sumbangan

0
2

PERTUBUHAN Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama ‘turun padang’ membantu golongan yang terkesan di sekitar Selangor berikutan pandemik Covid-19.

Setiausahanya Shahrul Anuar berkata, seramai 100 keluarga yang terjejas sumber pendapatan dan yang tercicir telah menerima sumbangan berkenaan.

“Bantuan ini susulan pengumuman kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula 3 Julai lalu.

“Sumbangan disampaikan melalui Biro Risikan, Kajian dan Sukarelawan. Biro ini akan mengumpul maklumat mereka yang benar-benar belum menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, penerima sumbangan berkenaan membabitkan daerah Kapar, Klang, Shah Alam, Damansara dan Puchong, di Selangor.

“Justeru, kita menyeru mana-mana pihak ingin menyumbang dalam misi kebajikan dan kemanusiaan boleh menghubungi Pertubuhan Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here