UMAT Islam di seluruh negara akan menyambut Aidiladha yang jatuh pada tarikh 20 Julai ini.
Pengumuman tersebut dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung, malam ini. – Malaysiapost

