Sempena hari lahir ke-96, Tun M doakan Malaysia terus maju

0
2
Tun Dr Mahathir Mohamed

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memanjatkan doa agar Malaysia dapat dimajukan oleh semua pihak sehingga tercapai matlamat untuk menjadi negara maju.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-96 hari ini, beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana diberi masa dan peluang berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang telah ucap Selamat Hari Lahir saya yang ke-96.

“Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Mahathir juga memuat naik sebuah video yang memaparkan beberapa peristiwa ketika beliau mentadbir negara.

Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar di Kedah, Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dan ketujuh Malaysia. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here