Najib ucap Selamat Hari Lahir ke-96 kepada Tun M

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-96 negarawan itu, hari ini.

Menerusi hantaran Facebooknya, Najib menzahirkan ucapan semoga bekas Perdana Menteri itu dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.

“Selamat ulang tahun kelahiran ke-96. Moga dikurniakan nikmat kesihatan yang baik serta limpahan ketenangan dan keamanan,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Najib yang sememangnya diketahui umum seteru politik Tun Mahathir turut memuatkan laporan media kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa pergolakan yang berlaku dalam Umno ketika ini berpunca daripada Najib.

Menurut Tun Mahathir, sekiranya bukan disebabkan kerosakan yang dilakukan Najib, Umno akan terus menjadi kerajaan sehingga ke hari ini.

“Kalau tidak ada Najib Umno hari ini masih menjadi kerajaan. Najib hancurkan umno buat Umno berpecah.

“Masa saya berhenti (dari politik) rakyat masih percaya Umno dan sokongan masih baik serta kemenangan Umno cukup menggalakkan.

“Tapi apabila serah kepimpinan kepada (Tun) Abdullah lepas tu Najib mereka rosakkkan parti,” katanya.

Umum mengetahui, sejak meninggalkan Umno pada 2016, Tun Mahathir secara terang-terangan berseteru dengan Najib sehinggalah Ahli Parlimen Langkawi itu bersama gabungan pembangkang akhirnya berjaya menewaskan parti Najib pada PRU 2018.

Malah, Tun Mahathir juga sentiasa menyalahkan Najib setiap kali beliau membuka mulut sampaikan ada yang melihat persengketaan mereka berdua lebih bersifat peribadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here