Malaysia menuju destinasi ‘kalah-kalah’ untuk negara dan rakyat

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia kini menuju ke satu destinasi ‘kalah-kalah’ untuk negara dan rakyat.

Beliau berkata, ketika ini pihak yang menang adalah ahli politik yang tidak memandang serius kepada kebajikan rakyat dan negara.

“Pemimpin negara termasuklah saya harus memandang berat terhadap status Malaysia sebagai sebuah negara yang ingin maju ke hadapan.

“Malangnya, status negara yang pernah dipandang tinggi ini telah menuju ke satu situasi yang kalah-kalah untuk negara dan rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, apa yang ditinggalkan oleh pemimpin negara ketika ini hanyalah isu yang tidak selesai termasuk kes Covid-19 yang menghimpit rakyat.

“Kes Covid bulan Julai dah 47,811 kes, ses Covid semalam sahaja sudah cecah 8,868 kes

“Selain, 600,000 isi rumah M40 dah jatuh ke B40, dua tahun pendidikan anak-anak murid terputus, ribuan hilang kerja, kena potong gaji dan hari-hari rakyat cari bantuan makanan.

“Malah, ‘frontliners’ sudah burn out dan ramai berhenti dari perkhidmatan dan sektor ekonomi sudah hampir lumpuh,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sekiranya ahli politik masih lagi berasa sombong dan mengangkat ego masing-masing pihak yang paling paling menanggung rugi adalah rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here