Sharifudin Abdul Rahim
SERAMAI 50 jemaah dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur hari ini.

Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Tinjauan Malaysiapost mendapati jemaah mematuhi SOP ditetapkan antaranya membawa sejadah sendiri, mengambil suhu badan serta mengimbas MySejahtera.

Pada masa sama, jemaah juga tertib beratur dalam barisan sebelum memasuki kawasan masjid. – Malaysiapost

