PERHILITAN Johor rampas 23 ekor burung spesis dilindungi

0
1

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor merampas 23 ekor burung pelbagai spesis dilindungi di sebuah premis terletak di sekitar daerah Ulu Tiram, semalam.

Perhilitan dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya merampas 11 burung Bayan Nuri, 10 burung Bayan Serindit dan masing-masing seekor burung Bayan Puling dan burung Murai Batu dalam satu pemeriksaan penguatkuasaan yang dijalankan ke atas premis tersebut.

“Siasatan awal ke atas suspek mendapati individu berkenan gagal mempamerkan sebarang dokumen penyimpanan yang sah oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, suspek telah dibawa ke balai polis untuk laporan.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Daerah Kluang, Johor untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here