Covid-19: PPV MIECC terhenti beroperasi, kesan kehadiran penerima positif

0
1

OPERASI pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Serdang, terhenti beberapa jam selepas mendapati seorang individu positif Covid-19 dikesan hadir ke pusat berkenaan.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan, berkata individu terbabit yang juga seorang wanita mempunyai janji temu dan hadir di MIECC.

Katanya, wanita itu hanya mengetahuinya positif Covid-19 selepas tiba di PPV berkenaan apabila dihubungi pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 terhadapnya.

“Pihak pengurusan MIECC mengambil tindakan serta-merta mengasingkan wanita terbabit.

“Aktiviti sanitasi menyeluruh juga terus dibuat pihak bomba dan operasi PPV disambung semula sejurus sahaja urusan sanitasi selesai,” kata CITF.

Sehubungan itu, CITF mengingatkan semua penerima vaksin berjadual untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV sehinggalah keputusan ujian saringan Covid-19 sah negatif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here