Usaha kerajaan tangani Covid-19 berada di landasan tepat – PM

0
2

KERAJAAN optimis dalam mencapai komuniti kelompok dengan segala usaha yang dirancang melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan inisiatif lain.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melihat kepada pencapaian melepasi sasaran jumlah kadar vaksinasi 300,000 dos sehari semalam, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada di landasan yang tepat.

Menurutnya, pada 15 Jun lalu beliau telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mensasarkan peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari selepas Jun.

Muhyiddin berkata, selain itu beliau juga telah mengumumkan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Negara (PEMULIH) di mana fokus ketiganya ialah mempercepatkan program vaksinasi ke atas sebanyak mungkin populasi di Malaysia.

“Ini bagi memastikan negara kita akan berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan, menghampiri keadaan kehidupan sebelum pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, semalam kita telah berjaya mencapai sasaran kadar vaksinasi 313,761 dos sehari dengan 6.585 juta telah menerima dos pertama dan 2.735 juta orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video memaklumkan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) lepas sasaran 300,000 dos sehari yang dikongsi di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah me jayakan program vaksinasi terbesar negara.

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; semua petugas barisan hadapan, para sukarelawan serta seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama-sama dalam menjayakan program vaksinasi terbesar negara ini.

“Terima kasih. Lindung diri lindung semua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here