Siasat segera dakwaan Kit Siang hina Islam

0
2

EXCO Pemuda Umno Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa polis mengambil tindakan terhadap Veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Islam baru-baru ini.

Katanya, kenyataan ‘Kerajaan Allah’ yang dimuat naik Kit Siang di blognya itu melampaui batas dengan menghina agama Islam yang boleh membawa ketegangan agama.

“Jangan kerana anda tua, jangan kerana anda Ahli Parlimen, anda boleh sesuka hati membuat kenyataan yang menyeleweng dan menggugat ketenteraman awam.

“Undang-Undang tidak mengenal usia, jadi saya menyeru pihak polis dapat segera ambil tindakan sewajarnya agar perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keceluparan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri jelas menunjukkam DAP memiliki ideologi perkauman.

“Dengan keceluparan kenyataan anda, jelas menunjukkan, anda dan parti DAP sangat rasis dan ideologi parti ini tidak pernah berubah.

“Semua agama tidak pernah membenarkan penganutnya menghina agama lain tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau lainnya. Lagi-lagi menghina Allah. Ini amat melampau,” katanya.

Baru-baru ini tulisan Kit Siang di laman blognya yang memetik “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.

Tulisan veteran DAP itu adalah respons kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai “Kerajaan Allah”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here