Jangkitan Covid-19 melonjak lebih 7,000 kes

0
2

KES baharu harian Covid-19 meningkat tinggi hingga melebihi 7,000 kes dengan 7,654 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 792,693 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, Selangor mencatatkan kes harian sebanyak 3,260 kes (265,722 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 1,550 kes (82,904 kes kumulatif).

Negeri Sembilan merekodkan 698 kes (48,629 kes kumulatif), manakala Kedah 337 kes (26,863 kes kumulatif), Johor 313 kes (73,162 kes kumulatif), Sarawak 286 kes (67,271 kes kumulatif) dan Melaka 230 kes (19,999 kes kumulatif).

Di Sabah sebanyak 225 kes baharu Covid-19 dikesan (70,945 kes kumulatif), diikuti Pulau Pinang 185 kes (35,677 kes kumulatif), Pahang 180 kes (14,977 kes kumulatif) dan Kelantan 118 kes (35,493 kes kumulatif).

Perak mencatatkan 94 kes (27,787 kes kumulatif), manakala Labuan 82 kes (8,765 kes kumulatif), Terengganu 61 kes (11,478 kes kumulatif), Putrajaya 33 kes (2,422 kes kumulatif) dan akhir sekali Perlis dengan dua kes baharu (599 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here