Isu kebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman – KPN

0
1
Federal Internal Security and Public Order director Comm Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM menyeru semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa.

Beliau berkata, isu mengenai pencerobohan oleh pekebun durian itu adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.

“Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas dan PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengganggu-gugat pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Flat Sri Sabah, Cheras yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai depan di sini.

Mengulas mengenai tindakan beberapa ahli politik yang merentas negeri dan daerah bagi memberikan sokongan terhadap 18 pekebun durian yang ditahan selepas mengganggu tugas anggota penguat kuasa, Acryl Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan mengenai perkara itu.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan dikenakan jika terbukti berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara.

Semalam, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Bentong, Wong Teck dan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilihat hadir ke Mahkamah Raub bagi menyatakan sokongan mereka terhadap 18 pekebun durian yang direman itu.

Penahanan reman terhadap pekebun itu dibuat bagi membolehkan siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk menanam Musang King. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here