103 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19

0
1

KES kematian akibat Covid-19 hari ini mencatat 103 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak wabak itu melanda negara adalah 5,677 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, jumlah kes sembuh adalah 4,797 kes dengan jumlah kes sembuh keseluruhan ialah 714,815 kes.

Kes baharu positif sebanyak 7,654 kes yang dilaporkan hari ini adalah membabitkan 11 kes import dengan jumlah positif sebanyak 792,693 kes dengan 72,201 kes aktif.

Sementara itu jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan adalah 943 kes dan daripada jumlah itu 450 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia kini sedang dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan beberapa negeri sudah memasuki fasa kedua susulan mencapai nilai ambang selepas kes baharu dilaporkan menurun.

Negeri yang sudah beralih ke Fasa Dua PPN adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan terbaharu Pulau Pinang – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here