Ucapan ‘minta maaf wan tak dapat singgah’ buat netizen sebak

0
1

Nurul Huda Abhar

“MINTA maaf wan tak dapat singgah ya, minta bersabar”

Itu sahaja ungkapan mampu diucapkan Ketua Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Bentong, Asisten Sperintendan Mohd Mustafa semasa anggotanya memperlahankan kenderaan ketika melepasi rumah waris jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi video berdurasi seminit 22 saat dimuat naik di Facebook Polis Bentong, penghormatan terakhir tersebut untuk pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh pada 2 Julai lalu.

Selesai urusan di HOSHAS, kenderaan jenazah telah diiringi Mohd Mustafa bersama Koperal Wan Norhamdi dan Koperal Ruwaidi, anggota MPV dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan jenazah mangsa Covid-19 yang ketat, kenderaan tidak dibenarkan singgah di rumah mangsa.

Jenazah telah dibawa terus ke Tanah Perkuburan Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Namun, atas dasar keprihatinan, anggota MPV yang mengiringi jenazah memperlahankan kenderaan ketika melalui rumah mangsa dan memberi peluang kepada ahli keluarga yang setia menunggu di tepi jalan untuk memberi penghormatan dan memanjatkan doa buat arwah.

Lebih menyedihkan apabila Mohd Mustafa turut meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana tidak dapat berhenti dan meminta waris supaya bersabar dan reda dengan apa yang berlaku.

Ternyata, ucapan yang disampaikan Mohd menyentuh hari keluarga dan penduduk di sekitar kawasan itu.

Rata-rata komen di hantaran tersebut berkongsi perasaan hiba mendengar ucapan yang disampaikan, dan mengucapkan syabas kepada anggota terlibat dalam menguruskan jenazah Covid-19 dengan baik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here