“Beri mereka kekuatan pertahan tanah Pahang daripada diceroboh’

0
1

MENTERI Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail memohon doa agar pasukan penguatkuasa diberi kekuatan untuk terus mempertahankan tanah Pahang daripada diceroboh oleh peneroka haram.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan para penguatkuasa yang akan menjalankan tugas mereka pada hari ini.

“Berikan mereka kekuatan agar terus dapat mempertahankan tanah Pahang daripada dicerobohi peneroka haram. Rahmatilah mereka dan lindungilah mereka.

“Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau dipercayai memuatnaik hantaran itu susulan insiden provokasi melampau sekumpulan individu disyaki pekebun haram durian Musang King ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, semalam.

Susulan insiden itu, seramai 18 individu ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

Terdahulu, tular di medai sosial klip video menggunakan tajuk ‘Penceroboh Tanah Haram’ yang mendakwa pekebun menengking dan mencaci petugas menjalankan operasi memusnahkan tanaman di atas tanah Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here