Annuar Musa nafi hanya sumbang kain untuk ibu tunggal

0
1

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan Umno Ketereh hanya memberi bantuan kain kepada ibu tunggal tanpa sumbangan bakul makanan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, salah faham itu menyebabkan ia tular di Twitter dan mengundang pelbagai komen dan persepsi terhadap pihaknya.

Beliau berkata, bantuan kain itu sebenarnya adalah sumbangan yang tergendala untuk diberikan kepada ibu tunggal di kawasan Parlimen berkenaan ketika Aidilfitri lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada yang tweet kononnya di Ketereh kita beri kain kepada Ibu tunggal, tapi tak beri bakul makanan. Maka saperti biasa ramailah yang retweet, dengan mavam-macam komen.

“Saya tak salahkan mereka,kerana mereka tak tahu dan tak diberi gambaran sebenar gerak kerja kita di Ketereh,” katanya menerusi Facebook.

Annuar berkata, pihaknya memutuskan untuk memberikan sumbangan berkenaan sebelum Aidiladha memandangkan setor Umno Parlimen Ketereh dipenuhi banyak edaran barang tertangguh.

“Bakul makanan Parlimen Ketereh sebenarnya diberi secara berterusan dan sudah tiga pusingan. Hingga kini sudah 40,000 pack diedarkan hampir setiap rumah.

“Sekarang Pusat Khidmat sedang membuat persiapan untuk pusingan ke empat 6,000 pack lagi. Tapi bantuan bakul tidak ikut kategori ibu tunggal atau berkahwin,tapi ikut keluarga yang memerlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pusingan sumbangan keempat bakul makanan berkenaan yang bermula semalam, diedarkan melalui 40 imam dan Jawatan Kuasa masjlid di setia mukim.

“Mereka yg memerlukan boleh ambil di masjid kampung masing masing kerana imam dan JK masjid lebih dekat dan mereka lebih tahu siapa yang layak dan memerlukan di mukim masing masing.

“Jadi, Insyaallah program kita berterusan dan berbagai jenis yang benar-benar memerlukan boleh berhubung imam,ketua masyarakat atau hubungi pusat khidmat sepanjang masa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here