MAHKAMAH Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang King direman dua hari bagi membantu siasatan melakukan provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Kesemua mereka ditahan semalam selepas dipercayai melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan JPNP ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang.
Tahanan terbabit dibawa menaiki trak polis tiba di pekarangan mahkamah itu kira-kira jam 11 pagi dan suasana agak kecoh dengan provokasi dilemparkan oleh beberapa individu terhadap pihak berkuasa, lapor Sinar Harian.
Sebelum itu, ADUN Tras, Chow Yu Hui ditahan tetapi dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 12 tengah malam.
Turut hadir memberikan sokongan kepada pekebun-pekebun terbabit ialah Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.
Sebelum ini tular video yang mendakwa beberapa pekebun menengking penguat kuasa menjalankan operasi memusnahkan tanaman di Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub.
Terdahulu, media melaporkan, 18 individu disyaki pekebun haram durian Musang King JPNP dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang, semalam.
Menerusi kenyataan JPNP memaklumkan, sepanjang operasi itu, mereka berdepan dengan provokasi pekebun haram berkenaan termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan terbabit. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/07/05/18-pekebun-durian-musang-king-ditahan-cetus-provokasi-melampau/

