Kematian sebelum tiba ke hospital makin tinggi – KKM

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada 4,856 kematian akibat Covid-19 yang berlaku tahun ini, sebanyak 670 kes adalah kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, analisa Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).

“Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun (iaitu sebanyak 76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).

“Tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehubungan itu orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here