Petugas Parlimen mula terima vaksin hari ini

0
2

JAWATANKUASA Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memulakan program vaksinasi kepada lebih 400 petugas Parlimen Malaysia di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar ibu negara hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata ia melibatkan semua petugas Parlimen dan staf yang terlibat dalam pencucian serta katering.

“Ini sebagai persediaan untuk pembukaan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi.

“Kita mahu memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelak jangkitan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairy berkata setiap Ahli parlimen juga telah diberitahu bahawa staf yang mengiringi mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga layak untuk menerima vaksinasi.

“Dengan harapan apabila Parlimen bersidang nanti, kita akan dapat melaksanakan persidangan Parlimen dengan vaksinasi penuh,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Khairy Jamaluddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here