Kerajaan PN jangan diperalat bank lepas diri – Guan Eng

0
1

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) tidak boleh menjadi alat kepada bank untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya Kerajaan PN perlu membantu rakyat dengan mengarahkan bank untuk berkongsi keuntungan mereka dan mengecualikan faedah untuk 8 juta syarikat dan peminjam individu yang memenuhi syarat bagi moratorium pinjaman bank.

Katanya, moratorium automatik pinjaman bank enam bulan tidak bermakna apabila ia bukan tanpa faedah dan hanya diberikan kepada individu, tetapi bukan syarikat.

“Sebenarnya, moratorium pinjaman bank yang bukan tanpa faedah adalah bantuan kewangan kosmetik yang hanya akan memberi kesan kecil terhadap keuntungan bank dan dengan itu tidak mengurangkan kos pinjaman kepada peminjam.

“Tidak memperluaskan moratorium automatik pinjaman bank kepada syarikat, terutamanya PKS, juga tidak akan membantu menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi ketika kemelesetan ekonomi sekarang, katanya di Facebook, hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Muhyiddin berkata, kerajaan dengan kerjasama Bank Negara dan pihak bank melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman, menerusi pengumuman PEMERKASA Tambahan sebelum ini secara bersasar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here