
Nilam Oshman
SERAMAI 600 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 592 individu dikompaun dan lapan lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (136), tiada penjarakan fizikal (125) dan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (104)
“Selain itu, tidak memakai pelitup muka (96), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (70), membawa penumpang berlebihan (30), premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain (27), ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI), dan merampas enam buah kenderaan darat.
Sebanyak 114 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan. – Malaysiapost
