Hampir 8 juta rakyat sudah divaksin

0
1
Sudut orang ramai menunggu giliran dan mengambil vaksin dan AstraZaneca di PWTC.

SEJUMLAH 7,824,912 dos vaksin sudah diberikan kepada rakyat negara ini dan ia dijangka mencapai lapan juta seperti disasarkan hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, berkata 5,363,387 orang sudah mendaftar bagi fasa dua dan 11,379,508 sudah mendaftar bagi fasa ketiga.

Katanya seramai 2,848,431 warga emas sudah mendaftar manakala golongan berkenaan yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula seramai 2,119,088.

“Oleh yang demikian pelaksanaan fasa tiga yang digerakkan secara berperingkat di tujuh negeri yang sudah mencapai kadar vaksinasi atau diberi janji temu 80 peratus penduduk.

“Negeri-negeri itu ialah Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan Pulau Pinang dan Sarawak.

“Kadar vaksinasi negara terus konsisten dan meningkat di mana pada 24 Jun, kita mencapai rekod baharu sebanyak 268,604 suntikan dos sehari.

“Purata pemberian vaksin sepanjang minggu lalu juga meningkat 19 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Beliau berkata, ia menunjukkan konsistensi dalam kadar vaksinasi sedang diperhebatkan.

Khairy berkata, pihaknya mensasarkan kepada penanda aras baru yang lebih tinggi susulan ketibaan vaksin tidak lama lagi.

Beliau berkata, setakat ini sejumlah 9,383,114 dos vaksin sudah diedarkan ke seluruh negara dengan 4,526,730 dos Pfizer, 4,030,684 (Sinovac) dan 825,700 dos AstraZeneca. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here