Dr Adham minta doktor kontrak bersabar

0
1

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba meminta pegawai perubatan kerajaan lantikan kontrak bersabar sementara menanti permohonan jawatan tetap diusulkan dalam pertemuan dengan jemaah menteri dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mencari penyelesaian terbaik dan sebahagian inisiatif bagi menyediakan skim bermanfaat buat kesemua pegawai terbabit.

“Mohon doktor sedia ada dalam skim bersabar dan bertenang. Ini kerana kita akan bawa perkara ini untuk dibentangkan kepada jemaah menteri bagi memastikan adanya skim lebih bermanfaat

“Sebarang keputusan akan dibuat oleh jemaah menteri,” katanya pada sidang media sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Dr Adham berkata, setakat 31 Mei lalu, terdapat seramai 32,516 pegawai lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama pelantikan atas keperluan akta untuk latihan siswazah dan khidmat wajib.

“Bilangan itu merangkumi 23,077 pegawai perubatan gred UD41, 5,000 pegawai pergigian gred UDG41 dan 7,139 pegawai farmasi gred UF41.

“Kita juga mengambil slot latihan siswazah dalam skim kontrak dan mereka akan dilantik mengikut merit diperoleh latihan siswazah.

“Apa kita buat sebelum ini adalah menaikkan gaji dan penyelarasan gaji gred daripada UD41 ke UD43 yang hampir sama dengan doktor tetap namun beberapa perkara dituntut akan dibawa kepada jemaah menteri untuk diputuskan,” katanya.

Sebelum ini, tanda pagar #HartalDoktorKontrak tular di aplikasi Twitter sebagai tanda sokongan terhadap nasib yang menimpa doktor kontrak.

Kempen tanda pagar berkenaan turut membuat gerakan supaya pegawai perubatan kontrak untuk melakukan mogok yang dijadualkan pada 23 Julai depan membabitkan kira-kira 23,000 doktor kontrak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here