Nilam Oshman
SEBANYAK 62 lagi kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 5,170 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatat kes kematian tertinggi iaitu 22 kes.
“Ia diikuti sembilan di Negeri Sembilan, Melaka (7), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5), Johor (4), masing-masing tiga di Sabah dan Pahang dan dua kes di Kelantan, Perak, Kedah, dan Wilayah Persekutuan Labuan serta satu di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan, sebanyak 4,929 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 682,680.
Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 6,276 yang membabitkan 6,260 kes tempatan dan 16 kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 64,129 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 751,979 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 905 kes dengan 452 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

