SEORANG selebriti wanita ditahan polis kerana terlibat dalam jenayah penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis telah bertindak menerusi maklumat dan melakukan serbuan ke atas rumah selebriti tersebut di Kampung Chalet, Nilai, Negeri Sembilan.
“Dalam serbuan itu, polis telah menahan seorang perempuan berusia 34 tahun yang berada dalam rumah itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, saspek telah dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai untuk melakukan saringan awal.
“Hasil ujian saringan dapati keputusan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Saspek akan diberi jaminan polis setelah rakaman percakapan selesai. – Malaysiapost

