Moratorium: Belum 24 jam dah ada percanggahan

0
1

TIDAK sampai 24 jam pengumuman pemberian moratorium selama enam bulan kepada semua peminjam individu, timbul kecelaruan dari segi syarat yang diperuntukkan pihak perbankan kepada pemohan.

Exco Pemuda Umno, Muhammad Faiz Hashim dalam hantaran Facebook memberitahu terdapat percanggahan ditetapkan pihak Maybank di mana moratorium hanya diluluskan untuk tiga kategori iaitu hilang pekerjaan; dipotong gaji; dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut Muhammad Faiz, pihak bank juga menetapkan pemberian moratorium untuk enam bulan hanya 50 peratus, berbeza dengan pengumuman moratorium penuh yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

‘Yang lebih mengecewakan, ini bukan moratorium. Ini nak mencekik rakyat namanya. Bagi hutang kereta (Hire-Purchase) tempoh pinjaman akan digandakan bergantung kepada pilihan penangguhan pembayaran.

“Moratarium separuh masak. Ni menipu namanya,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota itu menzahirkan rasa kesal dengan kerana moratorium yang ditawarkan tidak bersifat menyeluruh.

Ini kerana, katanya, syarat daripada pihak bank menetapkan peminjam yang mengambil moratorium selama enam bulan perlu membayar semula selama dua tahun.

“Nak buat Moratarium biarlah menyeluruh. Tak perlu terhad kepada golongan tersasar je. Semua terkesan ni. Bukan tak bayar cuma minta tangguh enam bulan sahaja. Bank jangan lah ambil kesempatan di atas kesempitan rakyat.

“Kerajaan suruh rakyat duduk rumah, rakyat akur dan duduk rumah. Tapi duduk rumah tetap nak kena bayar pinjaman bank kereta dan rumah, memang jem lah,” ujarnya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro dengan kerjasama pihak bank.

Perdana Menteri berkata tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here