Aladdin1 platform perdagangan sosial dengan potensi 5 bilion pengguna

0
1

ORANG ramai terutama usahawan dijemput menyertai Program Entrepreneur Talk mengenai Aladdin1 iaitu aplikasi penjualan dalam talian (e-dagang).

Program yang diadakan secara dalam talian selama satu jam bermula jam 8.30 malam ini akan dikendalikan moderator Norlukmal dari Speedofis Academy dan disertai Raymond Woo dari Aladdin Group.

Program itu akan berkongsi tentang Aladdin1 Platform Sharing kepada semua usahawan.

Aladdin1 adalah Platform e-dagang yang menggunakan polisi berdasarkan undangan sahaja, di mana pemilik jenama dan peniaga diperiksa kesahihan produk terlebih dahulu sebelum berdagang di platform itu.

Platform perdagangan sosial itu memberi pengkhususan dalam segmen produk dan perkhidmatan halal, produk asli dan gaya hidup bagi pasaran pengguna Muslim.

Aladdin1 turut mempunyai pasaran yang meluas membabitkan usahawan dari 45 negara dengan potensi lima bilion pengguna.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Aladdin1 boleh menyertai Program Entrepreneur Talk secara atas talian di platform Google Meet, FB Live dan Zoom 8.30 malam ini.

Kepada yang berminat pautan akan diberikan sejam sebelum program bermula. – Malaysiapost

Penyertaan Program Entrepreneur Talk: https://bit.ly/3h4h1rO (Zoom Meeting)

Foto Kredit: Aladdin Group

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here