Harga minyak masak 5kg boleh dijual lebih murah

0
2
Minyak-minyak masak yang dijual dalam bentuk botol dan paket ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

RAKYAT dijangka memperoleh minyak masak 5 kilogram (kg) pada harga lebih murah jika program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (MSM) dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata menjadi hasrat beliau dan kementeriannya untuk melihat supaya pelaksanaan program minyak masak bersubsidi dapat ditambah baik pada masa hadapan.

“Ini supaya subsidi itu disediakan kepada golongan sasar yang benar-benar layak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata minyak masak botol 5kg tidak boleh dijual melebihi RM30 sebotol.

Malah Perdana Menteri berkata kerajaan juga memperuntukkan dana tambahan RM1 bilion bagi memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1kg terjamin.

Mengulas mengenainya, Mohd Khairuddin berkata beliau amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang senada dengan hasrat kementeriannya dalam menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1kg hingga 5kg apabila bersetuju pelaksanaan program harga kawalan berasaskan nilai ambang MSM.

“Maka dengan pelaksaan program itu nanti harga minyak masak botol 5kg yang tidak bersubsidi dapat dikawal dengan harga silingnya tidak melebihi RM30 sebotol,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Rakyat sememangnya menanti-nantikan pengumuman itu demi untuk meringankan beban mereka dalam keadaan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here