Sabah benarkan makan di restoran, kedai gunting rambut dibuka

0
2
Pelanggan mengambil kesempatan menggunting rambut kedai di gunting rambut hari ini.

BEBERAPA aktiviti sosial dan ekonomi di Sabah dibenarkan beroperasi sepanjang dua minggu lanjutan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 yang bermula esok.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, mengumumkan aktiviti yang dibenarkan adalah makan di restoran; kedai makan dan restoran dalam hotel; pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan; serta kedai gunting rambut.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.

“Sementara itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada industri getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, semua aktiviti berkenaan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara menyeluruh yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu.

Hajiji berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 dalam melaksanakan PPN Fasa 1.

“Perincian SOP terbaharu bagi negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here