JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 melepasi angka 5,000 hari ini semenjak virus tersebut melanda negara sejak Mac tahun lalu.
Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 57 kes kematian baharu direkodkan hari ini, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 5,001.
Menurut KKM, sebanyak 4,744 kes sembuh baharu dicatatkan dan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 672,453.
Manakala, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 5,218 yang membabitkan 5,211 kes tempatan dan tujuh kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 61,812 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 739,266 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 899 kes dengan 451 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

