Hospital Medan Labuan mula beroperasi

0
1

HOSPITAL Medan Wilayah Persekutuan Labuan mula beroperasi secara rasmi semalam bagi memastikan pusat rawatan Covid-19 mencukupi dan kesiapsiagaan di wilayah berkenaan berada di tahap terbaik.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hospital yang diwujudkan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dibantu oleh Mercy Malaysia itu mula beroperasi jam 3 petang semalam.

Menurutnya, hospital berkapasiti 60 katil berserta empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU) secara transit adalah untuk rawatan pesakit Covid-19 di kategori 3 dan 4.

“Kapasiti hospital ini boleh dipertingkatkan sehingga 100 katil tertakluk kepada keperluan.

“Semoga dengan beroperasinya Hospital Medan ini dapat mempertingkatkan keupayaan Jabatan Kesihatan WP Labuan di dalam pengendalian pesakit Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau juga berharap penularan Covid-19 di Labuan dapat dikawal dengan baik ke arah menjadikan Labuan zon hijau kembali.

Setakat semalam Labuan merekodkan 83 kes harian baharu dengan jumlah keseluruhan kes adalah 7,812. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here