MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan menikmati makanan di sebuah restoran di Kelantan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi perkongsian di Facebook Kecek Ore Jeli memaparkan foto yang menunjukkan Mustapa atau Tok Pa sedang makan di dalam restoran tersebut bersama beberapa Individu
Dalam hantaran sama di Facebook itu dengan keteranga : Alhamdulillah menerima kunjungan YB kesayangan rakyat Jeli, dapat luahkan bebanan yang terpikul atas bahu saya dan sedikit suntikan semangat daripada beliau.
“Semoga Dato Pa dikurniakan kesihatan selalu untuk berjasa kepada rakyat khususnya Jeli,” tulisnya.
Makan di premis makanan dilarang sepanjang PKP menyeluruh bagi mengekang penularan Covid-19 dan boleh dikompaun.
Sementara itu, menerusi Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan perkara tersebut.
“Apa yang diumum tadi ialah operasi kedai dibenar buka sampai 10 malam. Yang pak Menteri ni pakai SOP negara wakanda ke?
“Tapi tidak mengapa, berikut disertakan jawapan untuk backup Pak Menteri tiada SOP dilanggar, YB itu patuh SOP, gambar itu gambar lama, tangkap penyebar gambar berikut, YB kebetulan dijemput, dan YB ni tolong kedai orang kita.
“Selain itu, rakyat jangan dengki, tak baik fitnah Menteri, dia nak tolong rakyat, kerja nak jatuhkan Melayu je netizen ni,” sindirnya. – Malaysiapost

