Kalau nak jadi baik kena ikut cakap Anwar – bidas Wan Saiful

0
2
Malay Mail

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ada usaha melengahkan Dewan Rakyat kembali bersidang.

Katanya, memang jiwa Ketua Pembangkang itu yang lantang membuat tuduhan jika ada sebarang perkara yang tidak selari dengan kehendak pihaknya.

“Apabila tidak selari dengan apa yang dia mahu, maka keluarlah tuduhan. Kononnya mempergunakan, memperalatkan, dan macam-macam lagi.

“Tapi bila selari dengan apa yang dia hendak, maka dia akan puji bahawa inilah integriti, inilah adil, inilah prihatin.

“Ringkasnya, kalau nak jadi baik mesti ikut cakap dia. Kalau tak ikut cakap dia, semuanya buruk. Definisi apa yang betul berubah-ubah berdasarkan jajaran baru dapat faedah atau tidak,” kata Wan Saiful menerusi Facebook, hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR mendakwa terdapat usaha dari Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengah-lengahkan Parlimen dibuka semula.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Wan Saiful berkata, ada tuduhan bahawa terdapat usaha menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen bagi melengahkan sesi Parlimen.

“Sedangkan penjelasan yang sebenar dah dibuat oleh mereka yang berautoriti. Ubah definisi ikut sedap rasa ni adalah taktik lama yang sudah basi.

“Jajaran mungkin baru, tapi taktik ubah ubah definisi ini sudah tidak strong, tidak convincing, dan tidak formidable lagi,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here