Ada pihak ingin melihat kerajaan gagal hadapi cabaran- Annuar Musa

0
1

Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa ada segelintir individu mahu melihat kerajaan gagal dalam menghadapi cabaran masa kini terutama berdepan penularan Covid-19.

Tan Sri Annuar Musa berkata golongan itu cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan orang ramai untuk menjayakan rancangan mereka dengan mempengaruhi fikiran rakyat.

Menurutnya, dalam keadaan musibah besar seperti sekarang tidak mungkin ada satu formula tetap untuk berjaya dan keadaan itu turut dihadapi satu dunia.

“Namun, malangnya ada yang mahu mengambil kesempatan dari kesempitan yg menimpa. Mereka bukanlah orang yang berjaya, malah rata-rata mereka juga terdiri dari orang yang gagal sebelumnya,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan kerajaan harus meningkatkan segala usaha tanpa jemu bagi membela dan menyelamatkan nyawa rakyat.

“Bagi kerajaan,mesti di pastikan kejayaan akhirnya.

“Biar seperit dan sepahit mana sekalipun, kita perlu istiqamah…terus membela dan menyelamatkan nyawa rakyat..Insyaallah kita akan berjaya,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here